Pelakon terkenal, Izreen Azminda yang selalu dikaitkan bercinta dengan beberapa orang lelaki muda sebelum ini ternyata sudah mulai merasa rimas dan tidak selesa dengan gosip sebegitu.
“Orang tanya saya tak rimaskah berkawan dengan lelaki muda. Yang saya boleh katakan, orang yang tak tahu cerita, yang dengar daripada mana-mana pihak dan menuduh saya macam-macam, mereka adalah orang yang tidak tahu apa-apa pun mengenai saya”
“Kalau saya nak kahwin lagi selepas ini, secara rasional dan logiknya, saya akan pilih orang yang boleh jaga saya, kukuh dari segi ekonomi, seorang yang stabil dan matang, orang yang boleh sayang saya dan boleh membuatkan saya rasa selamat dengannya. Kalau lelaki muda ini, susah. Silap haribulan, kita pula yang kena jaga dia,” jelasnya kepada Utusan Online.
Tambahnya lagi, apa yang dapat diperhatikan selalunya didalam industri hiburan pelakon lelaki baru juga agak cepat terjebak dengan cinta lokasi kerana mungkin itu salah satu platform untuk mereka menempah populariti serta mendapat tawaran kerja yang lebih dari sebelum ini.
Terbaru, Izreen dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon muda, Redza Rosli. Namun beliau menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar kawan di set penggambaran tanpa melibatkan sebarang perasaan. (rkty/w)
No comments:
Post a Comment