Vokalis kumpulan Slam, Zamani akui
dirinya masih tidak berpunya dan dalam masa yang sama menafikan status
beliau yang tidak berkawhin kerana kecewa dan tidak move on dengan kisah cinta lama.
“Tiada
istilah kecewa dalam hidup saya walaupun pernah beberapa kali putus
cinta. Sebagai manusia biasa saya ada keinginan untuk berkahwin, tetapi
mungkin belum tiba masanya”
“Tetapi
saya tidak menolak sekiranya memang sudah ditakdirkan saya berkahwin.
Saya serahkan semuanya kepada qada’ dan qadar,” jelasnya menerusi
portal Astro Gempak selain menyatakan keinginannya untuk berkahwin tetapi haruslah menerima dirinya seadanya.
Merungkai
kembali cerita lama, pada awal tahun lepas setelah Zamani ditahan atas
tuduhan salah guna dadah, komposer terkenal Saari Amri yang juga rapat
dengan Zamani telah memuatnaik status berkaitan dengan Siti Nurhaliza namun Siti enggan mengulas lanjut perkara berkenaan. -SUMBER
No comments:
Post a Comment