Monday, 4 April 2016

FAREEDA & FIZO OMAR, "LEBIH BAIK ALLAH BANKRAPKAN SAJA BISNES KALIAN DARIPADA MASYARAKAT BANKRAP AKHLAQ"



Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak mengizinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai tudung Fareeda. Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.

Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman Facebook Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini.

Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa, hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasikan oleh bisnes dalam bentuk sebegini.

Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri di hadapan Allah. Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku.

Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Disinilah kemuncak salah etikanya.

Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini 'bangkrap' akhlaq. Ittaqullah! - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
 

No comments:

Post a Comment