Sunday, 3 April 2016

Dikecam Bercium, Suami Adira AF Tahu Batas



Sejak kisah pernikahan mereka tersebar, suami Adira AF, Datuk Seri Adnan Abu, menjelaskan bahawa mereka tidak habis-habis dihentam namun dalam masa yang sama, dia tidak cepat melatah dengan tohmahan sebegitu. Baru-baru ini, kecoh pula mengenai pasangan ini bercium di khalayak.

“Bercium ada pelbagai jenis dan tidak semestinya pada mulut saja. Apa yang berlaku adalah kami berada di belakang pentas di mana isteri saya mencium tangan sebelum membuat persembahan. Saya beri kucupan di dahi tanda restu”

Tidak sangka ada yang memerhati dan menambah rasa kepada cerita itu sehingga menjadi sensasi. Lagipun kami sudah sah sebagai suami isteri dan halal untuk bersentuhan, namun kami masih lagi tahu batas untuk tidak keterlaluan depan orang ramai,” jelasnya yang dipetik daripada BH Plus.
Selain itu, suami Adira ini juga berharap agar masyarakat dapat menerima jodoh mereka dengan hati yang terbuka dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga kehidupan pasangan ini akan dipermudahkan segala urusan. 









No comments:

Post a Comment