Sunday, 3 April 2016

Akaun Instagram Mat Salleh Ini Kini Viral Kerana Dia Cuba Berbahasa Melayu



Mungkin kerana sudah jatuh cinta dengan Malaysia, seorang Mat Salleh memuat naik gambar-gambarnya di Instagram dengan bahasa melayu.

Kerana keunikan itu, akaun Instagram Rhys William kini menjadi viral di laman Twitter.


Apa yang lebih menarik, Rhys dilihat menulis kapsyen-kapsyen di Instagramnya dengan bahasa Melayu yang sempoi seperti "Mohon jangan kecam", "jangan cakap aku poyo" dan juga mengunakan hashtag seperti #ciaciacia.Di profil instagramnya Rhys menulis "Cuma seorang ‘mat salleh’ jalan-jalan di Malaysia".Apa yang pasti, kapsyen-kapsyen dari Rhys agak mencuit hati apabila dibaca.






Selain Instagram, Rhys juga mempunyai akaun Facebook yang mana turut dimuatkan dengan gambar-gambar dan juga video dia di Malaysia. 



No comments:

Post a Comment