Friday, 18 March 2016

“Limau” dan “Lemak”

Ok, kalau dalam entri yang lepas, saya ada menerjah satu fahaman kuno masyarakat kita berkenaan lemak yang dibakar badan akan disingkirkan menerusi tahi atau cirit kuning (boleh baca lanjut di sini), dalam entri kali ini, giliran fahaman kuno berkenaan “air perahan limau” dan “lemak” akan dikupas. 

triglyceride-structure


1 – Untuk menjawab soalan ini, masyarakat kena faham apa beza di antara “lemak/minyak” dengan “asid lemak“, ini kerana lemak atau minyak terdiri dari campuran berbagai jenis sebatian kimia, termasuklah beberapa jenis asid lemak (mono tak tepu, poli tak tepu, tepu). Sebatian-sebatian ini pula diikat membentuk apa yang dikenali kita sebagai lemak, manakala dalam sains ia dikenali sebagai “triglycerides” (1 unit glycerol mengikat 3 unit asid lemak menerusi “ikatan ester”).

2 – Kehadiran asid (benda-benda masam) seperti perahan limau memang akan memecahkan ikatan triglycerides ini (kerana triglycerides secara kimia adalah BUKAN ASID), justeru tekstur minyak akan berubah dan akan ada perubahan rasa pada makanan berminyak. Tetapi asid ini tidak akan merubah struktur asid lemak (asid + asid = tiada perubahan).
3 – Tindakbalas ini adalah lebih kurang sama seperti yang berlaku dalam perut (masih ingat bagaimanasistem pencernaan kita bekerja?), perut juga akan merembeskan jus gastrik yang bersifat asid untuk memecahkan struktur makanan, termasuklah triglycerides. Ini kerana struktur triglycerides adalah terlalu besar untuk diserap ke liang darah, maka ia perlu dipecahkan terlebih dahulu. Apabila dah masuk ke dalam darah, mereka (glycerol dan asid lemak) akan bersatu semula membentuk “triglycerides”.
4 – Jadi secara tidak langsung, apabila kita memerah limau ke atas makanan berminyak, kita sedikit sebanyak telah membantu sistem pencernaan untuk memecahkan struktur triglycerides ini (memudahkan lagi sistem penghadaman dan penyerapan lemak itu ke dalam darah).
5 – Dari segi kalori? Sudah pastilah kalori dari minyak/lemak yang diambil itu tidak berkurang, kerana yang kontribusikan kalori itu adalah asid lemak. Sama seperti kes karbohidrat dan protein, struktur asas mereka iaitu glukosa dan asid amino lah mengkontribusikan kalori dalam sistem tenaga.
6 – Oleh itu, tidak logik jika ingin mengatakan bahawa perahan limau nipis itu menghalang penyerapan kalori dari lemak ke dalam badan. Ia memang membantu memecahkan struktur triglycerides (lemak) sahaja, tidak lebih dari itu.
7 – Walaubagaimanapun, perahan limau nipis mampu mengurangkan nilai glycemic pada satu-satu makanan, dan ini merupakan satu kelebihan buat mereka yang diabetic. Selain dari limau nipis, asid organik lain seperti cuka buah (paling popular cuka epal dan cuka kurma) juga mempunyai sifat yang sama.
8 – Dari segi kesihatan pula, amalan meminum perahan limau adalah bagus untuk metabolisma. Ini kerana kebanyakkan makanan kita pada hari ini adalah bersifat asidic. Limau dan cuka buah pula, walaupun mereka adalah kumpulan asid, tetapi mereka adalah asid organik, yang mana mereka akanbertukar menjadi “alkali” apabila masuk ke dalam medium “buffer” seperti darah (alkaline, conjugate-base). Secara tidak langsung, amalan meminum asid dari buah ini “melancarkan” lagi sistem darah kita, dan mengurangkan beban kepada badan untuk menyeimbangkan pH darah dek kerana amalan pemakanan yang terlalu berasid (contoh makanan asidik adalah karbohidrat, protein, lemak, dan makanan proses).

No comments:

Post a Comment