Sejak beberapa hari lalu tersebar tiga keping gambar seorang remaja wanita berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun.
Gambar-gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai kepsyen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.
Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.
Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di media sosial.
Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur telah tampil meninggalkan komennya di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan.
"Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) dahulu baru berkahwin," soal Nasirah kepada netizen.
Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, gambar-gambar ini turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah.
"Tapi ramai yang 'up'kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sanagt dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih," tulis Nasirah lagi.
Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.
"Jangan rasa macamtu adik, saya gembir, Wallahi,,Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab 'rare' jer, Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya," kata Faten Nasyrah Zulkifli.
"Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik akwin awal, akak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti," kata Aliah Amanee.
Apapun, kami dari Siakapkeli mendoakan pasangan En Ismail Lambak dan Nur Nasirah Nazri ini berbahgia sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment