Monday, 28 March 2016

(5 Gambar & Video) 'Bayi Ajaib' Tragedi Higland Tower Tiba di KLIA2

NUR Hamidah Nadjib 24, bayi yang diselamatkan ketika tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 dipeluk bapanya, Nadjib Mustaha, 53, sambil diperhatikan suami, Zahroni Ahda Ghoni (dua dari kanan) dan ibu, Umi Rosyidah Khoiruman (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang, hari ini. - Foto Aizuddin Saad 
SEPANG, 28 Mac: Bayi 'Ajaib' tragedi Highland Towers 1993 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini pada jam 8.40 pagi tadi.

Nur Hamidah berlepas dari Surabaya Indonesia untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya dalam kejadian 23 tahun lalu.

Nur Hamidah dilihat tiba bersama ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, adik prempuannya, Iftitahun Nabilah, 2 dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26.

Ketibaan mereka disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53.

Nur Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuraham khas di TV9 dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini. 


NADJIB (kiri) menyambut ketibaan Nur Hamidah klia2, Sepang. Turut bersama suaminya, Zahroni (kanan); ibu, Umi Rasyidah (tengah) dan adik perempuan, Iftitahun Nabilah (dua dari kanan). - Foto Aizuddin Saad 





No comments:

Post a Comment