Thursday, 31 March 2016

Siti Sarah Luah Perasaan Diejek Sejak Dari Kecil Di Instagarm



Setelah sekian lama memendam perasaan, penyanyi Siti Sarah akhirnya meluahkan rasa terkilannya di Instagram terhadap sesetengah individu yang gemar menghabiskan masa mengutuk dan menghina sesuatu yang dianggap buruk dipandangan mata mereka.

IMG_2016-04-01 12:15:50

“Pada awal tadika ada budak panggil saya, hidung awak macam babi, saya marah dan pangil die nenek kebayan, lalu budak tu marah dan menangis sebab saya panggil die nenek kebayan. Biasa la budak-budak, masuk sekolah rendah sama jugak”
“Tapi dah biasa, masuk sekolah menengah hampir setiap hari kene ejek hidung hidung hidung, sampai kadang-kadang mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai baru naik bas,” luah penyanyi tersebut menerusi akaun laman Instagram miliknya itu.
Walaupun tidak pernah bercerita panjang mengenainya, namun Siti Sarah tetap positif menghadapi perkara ini dengan menganggap kehidupan yang dikecapi kini sangat membahagiakan, apatah lagi dianugerahkan tiga orang anak dan suami yang tercinta.
Malah, rata-rata pengikutnya di Instagram menyokong penyanyi itu dengan memberikan kata-kata semangat untuknya terus melalui kehidupan dengan rasa syukur dengan kebolehan diri. Malah ada juga yang berang dengan perbuatan mereka yang terlalu hebat menghukum keburukan orang lain.
Apa- apa pun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku didalam budaya masyarakat kita, dan lebih menyedihkan, individu yang meninggalkan komen tersebut bagai merasakan diri terlalu sempurna. Semoga Siti Sarah terus tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan.

Fasha Sandha Bahagia Tanpa Bekas Suami



Pelakon terkenal, Fasha Sandha yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya baru-baru ini menjelaskan bahawa hubungan beliau dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli hanya sekadar ayah kandung kepada anak-anaknya. Malah setakat ini, beliau tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarga beliau.

“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya”

“Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya,” katanya kepadaUtusan Online.
Jelasnya lagi, walaupun hidup bersendirian bersama anak-anak, kehidupannya jauh lebih tenang selepas berpisah dengan bekas suami, memandangkan perpisahan itu adalah jalan terbaik buat mereka berdua. Namun begitu, Fasha berasa bersyukur dengan apa yang terjadi dan menganggap ianya adalah takdir.

Zahirah MacWilson Nafi Putus Cinta, Akui Sedang Bahagia



Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa hubungannya bersama pelakon kacak, Zul Ariffin sudah berakhir. Malah buat masa sekarang hubungan mereka masih berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang masalah yang timbul.

“Bukan seorang dua yang tanya tapi sudah banyak kali ditanya, kami masih bersama sebenarnya, tidak ada masalah. Orang buat andaian begitu mungkin kerana kami tidak bercerita sangat perihal hubungan kami. Bagi saya tidak perlu ditunjukkan kepada orang luar, karier adalah fokus utama”

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi kedua perkahwinan Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz.

Jual Koleksi Baju Di Instagram, Peminat Ambil Kesempatan Kumpul Koleksi



Jual Koleksi Baju Di Instagram, Peminat Ambil Kesempatan Kumpul Koleksi


Berita baik buat peminat Siti Nurhaliza dan juga pengumpul tegar barangan peribadi selebriti kerana penyanyi ini mengambil keputusan untuk menjual semula lebih 50 helai pakaian yang pernah digayakannya sebeum ini.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya”

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Siti, sejak dia mula membuka akaun Instagram untuk menjual koleksi pakaiannya itu, memang ramai peminat yang membeli untuk dijadikan koleksi mereka. Untung kepada siapa yang beli kerana menurut Siti, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu. 

Bekas Isteri Jimmy Shanley Jalani Hukuman Penjara 3 Hari



Melalui laporan Harian Metro, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan bekas isteri pengacara Jimmy Shanley, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, menjalani hukuman penjara tiga hari mulai hari ini di Penjara Wanita Kajang.
Sebelum itu, mahkamah sama mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Januari 2015 terhadap Nursuhaila Eliani yang mengingkari perintah berhubung lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.
anapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh ke tiga hari.
Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.


Lara Alana Tercalon Dalam ABPBH, Awal Ashaari Akui Rasa Bersalah




Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari terkejut apabila anak perempuannya, Lara Alanayang baru sahaja berusia setahun enam bulan, telah tercalon didalam kategori Personaliti Media Sosial Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29).
“Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah promosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi, kerana tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

“Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu. Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula.
“Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen,” jelasnya kepada Harian Metro.
Populariti Lana Alana yang mendadak sehingga mencapai followers seramai 1.6 juta di Instagram telah menjadikan beliau sebagai seorang selebriti. Namun bagi Awal, tiada sebab untuk beliau mendabik dada atau teruja dengan pencalonan itu kerana Lara masih sama seperti kanak-kanak yang lain. 
1-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg             3-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg           4-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg
6-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg            7-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg            5-Awal Ashaari Rasa Bersalah Anak Tercalon ABPBH 29 - jpeg


Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Bumi Iceland




Sudah pulang ke bumi Malaysia baru-baru ini, nampaknya Nora Danish sudah mula memuatnaik gambar percutiannya ke Iceland baru-baru ini, dan yang paling menarik, pelakon ini juga turut berkongsikan gambar di sebalik penggambaran tudungnya di sana.
Boleh tahan juga gambar-gambar yang dikongsikan dan pastinya peminat Nora menantikan produk terbaru daripada jenama pelakon tersebut. Tidak mengira iklim sejuk di sana, Nora nampak tenang bergambar tanpa mengenakan pakaian tebal berlatarbelakangkan air terjun dan keindahan alam yang lain.
 Sebelum ini, peminat sudah pun cemburukan Nora kerana telah melancong bersama keluarga dan Nedim ketika Malaysia sedang dilanda cuaca panas. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang Nora Danish berada di sana.
 7- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA           1- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA         9- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA

 8- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA          9- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA           3- Nora Danish Gayakan Tudung Jenama Sendiri Di Iceland - ROTIKAYA

Ini Wajah Terkini 2 Orang Anak Dara Azhar Sulaiman…Cun Wei!

Screen Shot 2015-11-19 at 14.58.06

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya pelakon kacak Azhar Sulaiman ini sudah berumur 44 tahun rupanya, apa yang buat kami terkesima lagi Azhar Sulaiman rupa-rupanya ada 2 orang anak dara yang cun melecun!
Manis-manis belaka wajah mereka, inilah yang orang selalu katakan “bapa borek anak rintik”. Kalau ada sesiapa yang ingin masuk meminang anak dara cantik ni, korang kenalah ambil hati mami dia dulu. Huhu!

The Kasih

Kasih

Kasih Leia Ixora

Screen Shot 2015-11-19 at 15.07.59Screen Shot 2015-11-19 at 15.08.21Screen Shot 2015-11-19 at 15.08.30Screen Shot 2015-11-19 at 15.08.58Screen Shot 2015-11-19 at 15.09.10Screen Shot 2015-11-19 at 15.09.23Screen Shot 2015-11-19 at 15.18.50

Kasih Iris Leona

Screen Shot 2015-11-19 at 15.13.19Screen Shot 2015-11-19 at 15.13.46Screen Shot 2015-11-19 at 15.14.00Screen Shot 2015-11-19 at 15.14.20Screen Shot 2015-11-19 at 15.14.51Screen Shot 2015-11-19 at 15.19.55
Mesti bergetar tulang rusuk abam-abam di luar sana, agak-agak kalau ada salah seorang yang berkenan di hati, korang kenalah berdepan dengan mami dia dulu. Ada berani?
Sumber : Instagram azharbsulaiman

Lelaki Ini Ceritakan Bagaimana Berkahwin Pada Umur 21 Tahun & ‘Fight’ Untuk Beri Hantaran RM15,000

kenduri

Minggu ini viral di laman sosial tentang kes pengantin tak jadi kahwin yang dikatakan berpunca daripada duit hantaran. Bagaimana pun pelbagai versi muncul selepas kes tersebut.
Tak kurang juga ramai yang berkongsi kisah perkahwinan mereka yang sehingga kini berkekalan. Kisah lelaki ini yang berkahwin pada usia muda dengan hantaran RM15,000 wajar dijadikan contoh.
Hasil usaha gigih dan pengorbanan terhadap keluarga, dirinya mampu mengumpul sejumlah wang tersebut atas kerelaan dirinya. Bagaimana?

Ibu bapa berpisah

Saya bertemu dengan isteri di sebuah kolej matrikulasi pada tahun 2004 ketika belajar bersama. Semasa itu kami cuma kawan biasa. Tiada niat utk bercinta kerana saya dan dia benar2 mahu menumpukan perhatian dlm pelajaran. Seawal perkenalan kami, hubungan ibu dan bapa saya memang sudah berada dlm keadaan kritikal, ibarat telur di hujung tanduk. Akhirnya genap 20 tahun usia perkahwinan ibu dan bapa saya, mereka berpisah secara baik. Tidak perlu diceritakan kisah mereka kerana itu adalah masalah yg berlaku diantara mereka. Sebagai anak, kami akur dgn keputusan mereka.
Keadaan menjadi amat sukar untuk saya meneruskan pelajaran. Susah menerima hakikat perpisahan ibu dan ayah. Ekonomi keluarga terjejas teruk. Isteri saya (masa ni belum kahwin) pada ketika itu amat kuat menyokong saya. Teringat kata2nya ketika itu. “Awak boleh berjaya. Saya yakin dgn awak.” Allahuakbar, terasa diri ini sehelai sepinggang, ibu tanpa pendapatan yg tetap dgn perniagaan yg bermasalah. Duit bantuan RM500 (kalau tak silap) utk 1 semester di matrikulasi, itu sajalah yg saya ada utk belanja sepanjang 6 bulan. Bagaimana sy mampu jadi org yg berjaya? Dia sentiasa meyakinkan sy dan memberi semangat terus-menerus kpd saya dgn penuh ikhlas. Tiada balasan yg diharapkan pun. Dia cuma mahu saya berjaya. Hati saya terpikat dgn keikhlasan dan keyakinannya kpd saya. Saya meminta izin dirinya utk menjadi teman istimewa. Alhamdulillah disambut baik. Dan di situlah bermula cita2 saya. Melihat keruntuhan rumah tangga ibu bapa sendiri, bagaikan tamparan hebat utk saya membina rumah tangga sendiri suatu hari nanti dgn lebih sempurna.
Isteri bukanlah dari keluarga yang berada. Ibu bapanya juga bekerja keras siang malam mencari rezeki. Namun saya amat kagum dengan ayahnya yang berjaya mendidik anaknya dgn didikan agama & akhlak yg tinggi walau dia sendiri tidak pernah ke sekolah agama.

Berhenti belajar, bantu ibu

Genap 1 semester di kolej matrikulasi, saya mengambil keputusan utk berhenti belajar dan mahu mencari pekerjaan utk membantu ibu yg berada dlm keadaan yg amat sukar. Saya perlu bersama ibu di saat genting ini. Dia perlukan seseorang utk menyokongnya. Ibu terpaksa menanggung saya bersama 7 adik beradik yg lain. Kak long pada masa itu baru tamat belajar dan masih tercari2 pekerjaan, kakak no 2 & 3 masih belajar di universiti, saya yg ke-4. Adik2 no5-8 semua masih bersekolah. Kami amat terhimpit dgn krisis kewangan ketika itu. Saya mencuba nasib memohon kerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan. Tapi malangnya saya gagal di interview ke-2 kerana tangan berparut akibat menolong ibu dgn kerja2 kasar renovasi kedai makannya. Perniagaan kedai makannya juga gagal, bisnes terjejas teruk. Alhamdulillah. Saya tahu besar hikmahnya disebalik ujian2 ini..
Genap umur 18, saya bertunang dengan isteri. Ya, masih budak2 sudah masuk meminang. Saya cintakan isteri saya, apa lagi bukti yg saya betul2 serius melainkan menuju ke alam perkahwinan. Saya tidak mahu memberi pelbagai alasan lagi kepada diri. Walau pada masa tu saya cuma bekerja di sebuah syarikat pembekal alat utk penerbangan sebagai pembantu IT yg cuma bergaji RM800 (atas bantuan ayah kpd kawan karib saya), sy tidak berfikir panjang utk mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah keluarga pihak isteri juga amat memahami dan memberi galakan. Ibu juga amat menggalakkan setelah dia mengenali hati budi isteri dan mula menyayanginya.

Majikan mahu tanggung masuk IPT

Saya tak tahu mahu bermula dari mana, bagaimana mahu mangumpul wang kalau kos ke pejabat saja sudah mencecah RM300-400 sebulan? Tidak masuk makan dan minum lagi. Alhamdulillah rakan2 di pejabat amat memahami keadaan saya dan sering membantu semampu mungkin. Majikan juga amat baik dan tidak pernah berkira. Segan mahu memberi tahu mereka di pejabat yg saya baru bertunang kerana mereka tahu keadaan saya dan keluarga. Takut2 dikatakan menambah masalah yg sedia ada.
Genap 3 bulan bekerja di situ, saya dipanggil majikan. Dia mahukan saya untuk menyambung pengajian. Tidak cukup dgn SPM sahaja. Dia boleh bantu saya untuk masuk ke IPT kerana ramai kawan2nya boleh membantu. Kos kemasukan ke IPT juga dia sedia tanggung. Alhamdulillah syukur. Tetapi kalau saya sambung belajar, bagaimana pula dengan saraan hidup? Bagaimana utk mengumpul duit kahwin? Bagaimana mahu membantu ibu? Allah.. Saya amat yakin dgn perancanganMu. Akhirnya sy memilih utk masuk ke kolej swasta di bawah kelolaan MARA kerana tahu MARA menyediakan pinjaman beserta kos sara hidup RM300+ sebulan. Belajar rajin2 boleh dapat diskaun bayaran atau dijadikan biasiswa. InsyaAllah..
Masuk ke kolej, awal2nya memang perit. Pinjaman masih belum diluluskan, semua kos perlu ditanggung sendiri. Alhamdulillah bantuan majikan dulu masih berbaki sedikit utk meneruskan perjuangan. Teringat satu hari, di dalam dompet cuma ada RM2, mahu makan tgh hari tak cukup, jadi ambil saja nasi dan sayur. Pak cik gerai yg mesra dgn panggilan Pak Abu perasan gelagat saya yg ragu2 mengambil lauk. Lalu diambilkan seketul ayam diletakkan ke dalam pinggan saya. “Tak apalah dik, makan je. Ambik sayur je mana kenyang.” Dia senyum, tidak meminta sebarang bayaran. Allah, murahkan rezeki pak cik ni..
Masuk semester ke-2 alhamdulillah loan MARA diluluskan dan boleh lah menanggung hidup sedikit. Duit pertama yg MARA beri RM2,000 sy jadikan downpayment membeli sebuah motor. Masa ni ramai kawan2 beli handphone baru. Paling famous masa tu Nokia Sabun. Saya cukuplah dgn alcatel polyphonic sejak matrik yg boleh membuat panggilan dan terima hantar sms. Susah bergerak bergantung kpd bas kolej shj. Seumur hidup tak pernah bawa motor sebab ayah mmg tak izin kami adik-beradik bawa motor, bahaya katanya. Tiba2 terus ambil lesen (2 kali gagal) dan beli motor. Sudahnya hari ke-2 motor baru keluar kedai dah jatuh bodoh masa mencilok.

Buat pelbagai kerja

Di kolej saya sentiasa mencari2 peluang kerja yg ada. Kadang2 hujung minggu ada rezeki dapat kerja di hotel sebagai pelayan. Alhamdulillah dpt lah RM40 semalaman kerja. Kalau rezeki hotel bawa ke luar kawasan, dapatlah lebih sikit RM50-80. Kerja pelayan nampak mudah, nak mengangkat pinggan2nya yg berat berulang kali sebenarnya teramat susah. Habis kerja beratur ambil gaji macam cerita p.ramlee, ali baba dan 40 penyamun. Tak lama saya ditawar kerja oleh staff kolej utk design poster2 dan banner2 majlis2 di dalam kolej. Alhamdulillah. Sememangnya minat grafik itu tidak pernah padam semenjak sekolah. Perbelanjaan harian amat ketat, sy perlu menyimpan. Pernah sekali di bulan puasa, kerana tak cukup bajet, sy cuma order nasi kosong dan sup kosong untuk bersahur. Sedih menelan biji2 nasi bersama sup kosong hampir setiap hari demi mengekalkan simpanan. Namun saya tahu ada mereka yg sahurnya lebih teruk drpd ini. Syukur alhamdulillah..
Sampai suatu masa, seorang pemilik syarikat printing terlihat karya saya dan menawarkan kerja sambilan di pejabatnya secara tetap. Saya cuma perlu hadir setiap hari ke pejabat dari jam 4.00pm-10.00pm. Kadang2 berlanjutan sehingga jam 4-5pagi bergantung kepada tugasan yg perlu diselesaikan. Saya ditawarkan gaji RM400 sebulan. Alhamdulillah. Allah saja yg tahu sorakan hati ini. RM400+300, cukuplah sedikit sebanyak membuat simpanan utk kahwin nanti. Saya tidak dpt menyimpan secara konsisten kerana keperluan yg berubah2 setiap bulan. Keadaan masih tidak stabil. Sewa bilik RM150, makan minum RM200, motor RM120, beri ibu sedikit, minyak dll RM100. Baki2 RM80-100 itulah simpanan yg ada.
Keadaan makin teruk bila hampir hari2 pulang dari ofis jam 3-4pagi. Masuk ke kelas lambat dan tertidur semasa lecture. TAPI, keadaan memaksa saya utk mendapatkan keputusan yang cemerlang, saya tiada pilihan mesti skor. Teringat sekali masuk ke kelas programming java. Saya masuk lewat dan duduk di belakang sekali. Terus rebahkan kepala sebab balik lewat semalam, lecturer tak kata apa kerana sudah lali dgn keadaan itu. Sedang tertidur tiba2 saya angkat tangan dan bertanya soalan java kpd lecturer. Tuan lecturer menjawab dgn rileks dan senyum. Ok, saya faham dan kembali tidur. Telinga terdengar rakan sebelah “Bukan ko tido ke tadi”. Tak peduli saya terus sambung tidur. Otak masih ligat, telinga dibuka luas mendengar syarahan lecturer. Saya memang tiada pilihan, saya mesti cemerlang di ofis dan kolej. Kalau tak macam mana nak bayar balik pinjaman berpuluh ribu, nak menyimpan..

Saya mahu beri RM 15,000

Tempoh 3 tahun pertunangan hampir tiba. Sampai masa dipenghujung pengajian, saya dan isteri berbincang mengenai tarikh dan jumlah hantaran. Dia memberitahu keluarganya tidak kisah asal boleh tampung kos kenduri. Pada masa itu simpanan hanya mencecah RM2000 saja. Saya tahu ramai yg pandang enteng kepada saya dan isteri kerana kami berdua masih belajar, manakan mampu nk berkahwin. Isteri pada masa tu sedang belajar di UKM, Degree in Sc Mathematics. Saya membuat kira2 dan menetapkan jumlah hantaran yg sy perlu beri adalah RM15,000. Memang tinggi pada masa tu. Kebanyakan hantaran pada tahun 2008 sekitar RM5,000-8,000 shj. Ini adalah perkahwinan kami, saya perlu berusaha lebih. Saya tidak boleh mengambil ringan perkara ini. Kiraan ini bukan sekadar kenduri, ini juga termasuk kos selepas kahwin. Sekurang2nya mesti ada simpanan.
Dengan niat yg jelas dan usaha yg kuat, alhamdulillah sy dapat kumpul RM4,000 lagi utk projek website yg disiapkan, RM2,000 sy ambil untuk beli kamera DSLR utk mengambil upah fotografer perkahwinan. Pada masa itu, forum PhotoSchool amat famous. Byk yg saya belajar dari forum tersebut. Pergi BerTT bersama otai2 semuanya baik. Semua tak lokek. Industri fotografi perkahwinan masih mentah ketika itu. Alhamdulillah dgn modal kamera tersebut, dapatlah sedikit menambah simpanan utk kahwin nanti. Akhirnya berjaya kumpul total RM10,000.
Wang kenduri lebih kurang RM3,000 dah diserahkan dan sedikit simpanan RM7,000 dah diasingkan. Kebetulan pada masa tu, ayah baru keluar duit pencen. Oleh kerana selama ni tak pernah meminta apa2 dr ayah, maka ayah bersetuju menyumbang RM5,000 baki akhir utk cover wang kenduri. ALHAMDULILLAH! Allah saja tahu ketika itu, betapa syukurnya kerana semuanya dirancang baik olehNya.
Kini usia perkahwinan dah hampir 8 tahun, dikurniakan 4 org cahaya mata amanah Allah. Alhamdulillah rezeki anak2 karier yg terus meningkat naik dan kini mula menguruskan perniagaan bersama isteri dalam syarikat yg diasaskan oleh isteri sendiri.

I fight for my next generation

Ceritanya di sini bukanlah tentang duit pencen ayah, duit kamera, duit kerja, duit simpanan atau apa pun yg disumbang sepanjang perjuangan membina perkahwinan.
Ini Adalah Tentang Keyakinan Kita Terhadap Rezeki Allah Dan Apa Perjuangan Kita. As For Me, I Fight For My Next Generation, I Fight For My Family.

Cerita perkahwinan adalah tentang kedua belah pihak. Tidak hanya suami segalanya ataupun isteri segalanya. Semuanya mesti ada toleransi dan tolong-menolong satu sama lain. Ini mesti berlaku SEBELUM perkahwinan lagi. Hormat-menghormati adalah wajib. Bila kita berkahwin, kita mengadakan perikatan dgn seluruh keluarga pasangan kita. Lagi2 jika terjadi pertembungan budaya, TOLERANSI amat penting.
Hal anak2 juga bukan hal isteri sahaja, suami mesti mengambil peranan membantu isteri. Hal kewangan juga isteri mesti ambil kisah. Fahami suami bila suami dlm kesempitan, jgnlah diminta itu dan ini. Jadilah isteri yg meringankan suami. Ingat, anak2 melihat kita walau mereka tidak berkata. Kita yg tentukan bagaimana sikap dan sifat mereka atas didikan yg diberikan.
Wallahua’lam
A father of 4 kids
A husband to a loving wife
Sumber : Daily Rakyat

“Silap Sikit Dia Maki Saya!” – Wanita Ini Luah Kesedihan Tidak Dihargai Suami Kepada Seorang Ustaz

naka2

Wanita merupakan kaum yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Islam. Mudahnya pahala mengalir bagi seorang wanita itu, lebih-lebih lagi yang telah bergelar isteri dan ibu.
Lumrah seorang isteri dan ibu untuk berbakti kepada suami dan anak-anak tanpa mengenal erti lelah. Namun, terkadang suami mengambil kesempatan atas ihsan si isteri dan memperlakukannya dengan tidak adil, malah sering menyakiti hatinya. Ikuti suara hati wanita ini tentang suami yang tidak menghargai pengorbanannya yang diluahkan kepada seorang ustaz ketika mereka terserempak di lapangan terbang.

Ditegur Seorang Wanita, Minta Tolong Jagakan Sekejap Anaknya…

ebit liew
Screenshot 2016-03-15 13.20.16

“Silap Sikit, Dia Maki Saya!”

Screenshot 2016-03-15 13.22.22

“Memang Semua Lelaki Begitu Ke Ustaz?”

Screenshot 2016-03-15 13.22.45

Hargailah Isteri!

Screenshot 2016-03-15 13.23.10

“Saya Selalu Menangis Rindu Pada Keluarga”

ebit dan isteri
Screenshot 2016-03-15 13.23.41
Sumber: Ebit Lew

Tak Kenal Mother Teresa & Mahatma Ghandi – Netizen Kutuk Peserta CleverGirl Malaysia

hqdefault

Ahad lepas telah berlangsungnya episod pertama rancangan Clever Girl Malaysia yang menampilkan 14 orang peserta dari 14 buah negeri di seluruh Malaysia. Kesemua peserta cantik dan bekerjaya. Ada peguam, pegawai pemasaran, jurutera dan lain-lain lagi. Fuhhh.
Erm, Clever Girl ni rancangan apa sebenarnya ye? Komen yang diterima negatif dan ada yang melabelkan peserta langsung tak ‘clever’…

Pengetahuan am fail, hiburan power…

sc 1

Soalan tak mencabar… Tak sesuai dengan gelaran Clevergirl…



sc 10

Soalan tak mencabar… Tak sesuai dengan gelaran Clevergirl…

sc 4
sc 10

Paling teruk, tak kenal Mahatma Ghandi…

sc 5sc 6sc 8sc 9
Relaks la ni kan baru episod pertama, mana tahu episod seterusnya memang soalan yang selayaknya. Tunggu dan lihat je la. Dorang mungkin masih nervous berdepan kamera dan penonton.
sumber : Clevergirl TV3