Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.
Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.
Ramai
di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan
kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat
di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat
di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh
pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin
memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah
bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala
isi-isi di langit dan di bumi-Nya.
Namun
ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu
Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama
berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan
adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu
ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin
yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang
kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa,
merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era
kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1}
Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat
bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih
manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai
sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga
menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh
para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;
"Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {3}
Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {4}
Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.

No comments:
Post a Comment