Sunday, 7 August 2016

Gara-Gara Jadi Viral Pilih Kawan Baik Sendiri Jadi Madu, Alynaa Tampil Beri Penjelasan Sebenar


Gara-Gara Jadi Viral Berita Pilih Kawan Baik Sendiri Jadi Madu, Alynaa Tampil Beri Penjelasan Sebenar. Beberapa hari lalu menjadi viral di media sosial apabila tersebar sekeping gambar menunjukkan dua orang perempuan yang kononnya gembira apabila dapat bermadu dengan kawan baik sendiri gara-gara si suami sering sibuk bekerja.

Demi menjaga nama baik dua orang sahabatnya itu, Alynna Burberry telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Malah cerita berkenaan adalah sama sekali tidak benar.

Ini Penjelasan beliau:-

"Tolong henti benda tak masuk akal ni..kenyataan dah lah tak betul, orang-orang yang tolong viral pulak tahu nak menganjing je. Dah tak de life sangat ke? Mereka sahabat saya! Mereka datang di majlis perkahwinan saya untuk menjadi DULANG GIRLS saya. Dan belum kahwin masih bujang! Lain kali cari maklumat yang betul, bukan statement tak masuk akal!"

Namun mungkin orang yang menyebarkan gambar tersebut adalah orang yang dikenali atau ini adalah sabotaj? Berikut komen mereka.

No comments:

Post a Comment