KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL dilaporakn terbakar di Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu menyebabkan hampir 20 orang penumpang nyaris maut.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Mustada Silong berkata semua penumpang bagaimanapun selamat.
"Kebakaran bermula di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain. Namun kebakaran dapat dikawal 20 minit kemudian," katanya dipetik laporan Bernama.
Jurucakap Prasarana berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di bahagian enjin.
No comments:
Post a Comment