Wednesday, 14 September 2016

‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!


‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!! | Kisah Gerai Tepi Jalanku 01:

Saya ada satu kisah yang hendak saya kongsikan kepada semua. Kisah mengenai sifat jujur, harga diri dan amanah. Ada seorang pakcik berbangsa India telah datang ke gerai saya untuk membeli makanan. Saya perhatikan keadaan pakcik tersebut yang pakaiannya sedikit lusuh dan compang-camping dengan janggut dan rambut yang tak terurus. Saya namakan pakcik ni sebagai uncle sahaja.



Saya : Yes uncle..mau nasi lemak ka?
Uncle : (malu-malu menjawab) aaaa…itu
nasi lemak berapa ringgit?
Saya : RM1.20..uncle mau ka?

(Uncle mengira duit syiling di tangan beliau satu persatu)

Uncle: Bagi saya satu..

(Saya pun membungkus satu nasi lemak..Uncle pula melihat lauk-pauk yang lain dan mata uncle terlihat juadah ikan keli sambal)

Saya : Uncle..ini nasi lemak you RM1.20
Uncle : Ini ikan keli berapa ringgit?
Saya : RM2.50 uncle..you mau ka?
Uncle : Takpa..nanti lain hari saya datang mau rasa ini ikan keli saya beli…
Saya : Uncle..if you mau angkat saja..takpe saya bagi sama uncle..

(Saya terus membungkus lauk ikan keli tersebut dan masukkan dalam beg plastik nasi lemak uncle tersebut. Uncle punyalah taknak terima, saya paksa juga. Uncle mengucapkan terima kasih dan cepat-cepat nak beredar. Tak tahulah sebab gembira tak sabar nak makan atau sebab ada perkara lain yang perlu uncle uruskan)

Dua hari kemudian, uncle datang semula ke gerai saya.

Uncle : Adik..ini duit itu hari punya ikan keli.

(Uncle menunjuk duit sebanyak RM2.50 dalam bentuk syiling kepada saya. Ketika saya melihat huluran duit uncle tersebut, saya rasa sangat sayu,rasa hendak menangis tapi disebabkan ada pelanggan yang lain di gerai, saya terpaksa tahan air mata. Tak profesional la kalau nangis depan pelanggan.)

Saya : Ehh uncle..itu hari saya bagi saja..ini hari uncle mau makan ambil baru guna ini duit..

(Uncle terperanjat sedikit dan macam terkejut)

Uncle : Itu macam ka..aaaa…bagi saya nasi lemak dua bungkus..

(Saya pun membungkus dengan segera dan menghulurkan plastik kepada uncle)

Saya : Uncle…ini nasi lemak you RM2.40
Uncle : Terima kasih banyak.

(Uncle terus ambil plastik tersebut dan saya melihat raut wajah beliau yang sangat girang dan cepat-cepat bergegas nak pergi. Saya panggil uncle untuk beri baki sebanyak 10 sen)

Ya Allah jauhkan aku dari niat yang tidak baik bila menceritakan kisah ini. Betulkan niatku supaya cukup sekadar ingin berkongsi kisah orang yang jujur,mempunyai harga diri dan maruah.

Pandangan saya dan mungkin saya silap..uncle tidak datang ke kedai saya pada hari selasa setelah membeli nasi lemak dan ikan keli dari saya pada hari isnin sebelumnya adalah kerana uncle mengumpul duit sebanyak RM2.50 untuk membayar ikan keli tersebut.

Setelah uncle cukup mengumpul duit sebanyak RM2.50 barulah uncle datang ke kedai saya pada hari rabu untuk membayar harga ikan tersebut. Sekali tengok, uncle dapat beli dua bungkus nasi lemak.

Lihatlah…orang seperti uncle begitu jujur dan bermaruah.Datang kembali memulangkan duit ikan keli walau uncle tahu kalau uncle bayar duit ikan keli kepada saya mungkin uncle tidak dapat makan pada hari itu. Kalau uncle pergi ke kedai lain pun sekurang-kurangnya uncle boleh juga beli makanan. Tetapi beliau telah membuat keputusan untuk datang kembali ke gerai saya untuk membayar ikan keli tempoh hari.

Allahuakhbar..betapa tingginya harga diri dan maruah orang seperti uncle.Betapa indah jika kita semua mempunyai sekelumit sifat-sifat seperti uncle ini.

Saya menunggu uncle pada hari khamis tapi uncle tidak ke gerai…Mungkin sedang mengumpul wang untuk membeli makanan agaknya…Ya Allah tolong gerakkan hati uncle ke gerai saya minggu depan sama ada dia ada wang atau tidak..Aamiin…

Sekadar satu kisah untuk kita semua renungkan bersama.Kisah uncle yang mungkin tidak kaya harta tetapi kaya dengan sifat jujur, harga diri dan maruah.

Sumber : Facebook Maznie Muttalib

Monday, 8 August 2016

DURIAN KING@TTDI..JOM RAMAI2 SERANG TTDI LAYAN MAKAN DURIAN SEDAP..😄

DURIAN KING@TTDI: DURIANS WITH A CAUSE on SUNDAY, 14 August 2016

It’s now the peak of the durian season in the Klang Valley and for durian lovers, it’s a question of where to get the best durians in town? Durian feasts are firmly on the weekend agenda these few weeks.




xo-1

The Musang King is undoubtedly still one of the top durians being sought. The deep yellow-fleshed pulp, so soft and bursting with intense flavours have made Musang King extremely popular and durian fans do not mind paying for premium quality.

MK

But look – there is now a serious contender in the market, namely the Black Thorn. Exclusively available only at Durian King in Taman Tun Dr Ismail and Bukit Bintang, the Black Thorn has gained legions of fans in the past couple of years. The flesh is a dark golden yellow shade, almost orange in colour and the texture is incredibly smooth and creamy. In fact, I think the texture is its best selling point.

blk thorn

As for taste, personally I find it milder than the Musang King’s. If you prefer more intense flavours in your durian, then you may opt for the Musang King or Trakka (Chook Kiok). The Black Thorn is prized for its incredible texture and also because it’s so exclusive, planted only in a certain farm in Kedah. Erik of Durian King told me that the location of that farm is highly classified and the durians are collected by special deliveries and sent to KL every day.

stars
Which is your favourite? Mine is actually the Chook Kiok!

blk thorn1

In terms of pricing, The Black Thorn definitely sits at the No.1 spot, selling for RM60 per kg! Well, this is definitely for the serious durian enthusiasts. Anyway, the prices of these thorny babies fluctuate from day to day, depending on the availability of stocks. Don’t be surprised if the prices indicated below may change daily.

prices



Now for the exciting news –

“DURIAN FOR A CAUSE” is an All-You-Can-Eat Durian Buffet which will take place on Sunday, 14 August 2016 at Durian King TTDI (Waze: https://waze.to/lr/hw283bek3f).

durian_charity
All you have to do to contribute is to purchase a ticket at RM50 for a 1-hour durian buffet.

There will be 3 sessions and the allocated times are:

Session 1: 3.00pm – 4.00pm
Session 2: 4.30pm – 5.30pm
Session 3: 6.00pm – 7.00pm

All proceeds from the event will be channelled to Pusat Jagaan Kanak-Kanak Down Syndrome & Hyper Active Bandar Bukit Tinggi 2 Klang, Shepherd’s Centre Foundation in Semenyih and The Shepherd in Kg Orang Asli Ulu Kuang, Rawang.

It’s Durian King’s way of giving back to society and everyone can support this by eating durians – eat as much as you can, for RM50! For durian lovers, and even if you aren’t one, this is a great way to chip in and help the 3 needy centres.

durians

XO

Durian King@TTDI is located in a safe area at the outdoor parking lot of Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. There’s ample parking space, plenty of seatings and a cooling environment under the trees. Oh yes, we truly enjoyed our durian feast under those cool shady trees.

seating

Even if you do get a bit hot under the collar, just order some of Durian King’s Durian Chendol! The huge bowl of chendol comes with a generous topping of mashed durian and at only RM8 per bowl, I think that’s a steal.

chendolsOnly RM8 a bowl – surely must be the most affordable Durian Chendol in town lah!

chendol

So, why not gather some friends and have a sumptuous durian buffet at Durian King@TTDI on Sunday, 14 August and at the same time contributing to a good cause – “Durian with a Cause”!

stall

To purchase your ticket, kindly visit www.vip.my. For corporate sponsorship and bulk ticket purchases, kindly send an email to su.aishah@eriktalent.com.

erik

That’s Erik with the #DurianSmiley, yo!

Sunday, 7 August 2016

SETITIK SUSU IBU SEBARKAN . WANITA INI SEMPAT MENYUSUKAN BAYINYA WALAUPUN DIA TERBABIT DALAM KEMALANGAN YANG AMAT TRAGIS




2.png
RAYUAN%2BFARAH%2B3.png
uai.PNG
KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA..

SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/klik disini untuk gambar yang lain

Kejam!! Lelaki Bertopengkan Iblis Ro9ol Bayi 3 Bulan Di Hari Raya

Kejam!! Lelaki Bertopengkan Iblis Ro9ol Bayi 3 Bulan Di Hari Raya

Binatang!! Itulah yang selayaknya digelar untuk lelaki ini. Apabila nafsu serakah menguasai diri, sanggup melakukan perkara terkutuk yang memalukan! 

Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda.

Dilaporkan kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai yang berhampiran pada waktu petang.

Menurut info, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada keesokkan hari.

Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut, katanya.

Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Katanya, siasatan yang dijalankan susulan laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda.

Sehingga kini, siasatan masih dijalankan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital.

MASYAALLAH!! Begini rupanya 15 Foto keadaan sebenar Segitiga Bermuda setelah Lautan Atlantik Utara kering yang betul-betul bikin kecut perut&menakutkan!! Foto no.#3, #8 & #9 tu paling epik sekali!




Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.

Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.

Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.



Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. [muat turun disini] Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.

Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;

"Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {3}

Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {4}

Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.














PETUA HILANGKAN PERUT BUNCIT DALAM MASA SEMINGGU YANG SANGAT BERKESAN!! SANGAT MUDAH, JIMAT, TAK PERLU PRODUK BAGAI!! -SILAKAN SHARE


Harini admin nak share tips atau petua yang memang mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit yang banyak menghantui rata-rata rakyat di Malaysia. Ramai yang dah cuba dan ternyata berkesan dalam masa satu minggu#

Tip ini amat mudah sekali dan melibatkan bahan-bahan yang senang untuk didapati di pasaraya berdekatan anda#.

#Bahan-bahannya:

1. Lemon(setengah)
2. Kurma(2 biji)
3. Secawan air suam-150mls
3. Bawang putih(4 ulas)

Cara-caranya:

1. Buang kulit bawang putih.
2. Blend semua bahan-bahan. Paling baik blend sekali dengan kulit lemon tu.



2. Tapis.
4. Minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kurma dapat membantu mengurang rasa pahit selain khasiatnya yang tersendiri, Bawang putih pula boleh mengaktifkan penghasilan leptin iaitu horman yang mengurangkan selera makan, lemon boleh membakar lemak degil dan pada masa yang sama membuang toxin di dalam badan.

TIGA BERADIK MEMBUNUH IBU MEREKA SEBELUM MEMAKAN ORGANNYA MENTAH-MENTAH

1.jpg

Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.
Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
Semuanya akan menjalani ujian dadah, katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. Agensi
Sumber : Hmetro
2.jpg
3.jpg
4.jpg
Sumber: siiakapkeli

Letih DICACI MAKI Ibu Sendiri, Lihatlah Apa Yang Gadis Ini Lakukan Secara SENYAP-SENYAP Yang Amat Mengejutkan !!!



Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab approve cerita saya. Saya anak ketiga dari 5 adik beradik. Saya dah berkahwin selama 2 tahun dan mengandung. Sekarang saya duduk rumah sewa.#

Saya tak tahu nak mulakan cerita saya macam mana. Sebab saya taknak salahkan sebelah pihak je. Hmmm. Sebelum kahwin dengan suami saya, macam-macam dugaan saya dapat dari mak saya sendiri. Mentang-mentang sebelum kahwin tu suami saya kerja swasta, kerja biasa je. Mak saya mintak hantaran sampai RM12k. Bukan saya tak cuba cakap dengan mak saya suruh rendahkan hantaran sebab saya tahu kemampuan suami saya. Tapi mak saya tak layan. Ayah saya pon dah try pujuk tapi dalam kebanyakannya ayah saya banyak diam. Saya sangat kecewa dengan ayah saya. Dia selalu ikut apa mak saya cakap.#

Mana nak cekau masa tu? Dan mak saya dok pertikaikan suami saya kerja swasta. Pada saya takde masalah pon asalkan rezeki tu halal. Sejak dari tu, suami saya kerja macam-macam nak cari duit lebih untuk kumpul duit hantaran. Masa tu pon saya kerja swasta gaji saya tak besar masa tu. RM2000, Lepas tolak KWSP semua, tinggal baki RM1700. Setiap bulan saya simpan RM1000 untuk bantu suami saya cukupkan duit hantaran. Hmmm. #
OKaylah part tu setel la sebab saya dah selamat kahwin pon.

Sampai sekarang mak saya masih layan saya macam saya ni tak kahwin lagi. Dia suka tinggi2kan suara dekat saya macam saya takde maruah. Saya tahu mungkin saya ada salah jugak tapi kenapa mak saya sanggup maki saya sumpah saya. Contoh makian yang saya dapat “Awk ni memang anak derhaka. tak masuk syurga. Ha memang sampai mak mati pon mak takkan maafkan awak. Menyesal mak lahirkan awk”.#

Makian ni baru sikit. Saya pernah dapat lebih dari tu sampai melibatkan suami dan ANAK saya. Tak perlulah saya nak cerita semua dekat sini. Just bayangkan suami saya orang luar. Suami saya pon kena maki. Dia pon stress dengar apa yang mak saya cakap. AYAH SAYA HANYA DIAM dan tak tegur apa mak saya buat. ye DIAM.#

Hari raya lepas, hanya sebab saya nak balik rumah dulu sebab suami cakap nak elak jammed, mak saya cakap dekat saya “awk takde mak kan, mak awk dah mampus kan?? mulai harini awk takde mak. mak bukan lagi mak awk!” tak ke stress saya? Padahal sebelum tu saya dan suami dah bagitahu dia yang saya nak balik dulu. Dan dia pon okay je. Ayah saya buat apa? Dia diam je macam biasa. dan tetap salahkan saya.. Hmmm….Kalau nak cerita pon banyak lagi. Banyak sangat apa yang mak saya pernah cakap dekat saya. Sampaikan saya berjauh hati dengan mak saya. Jujur saya tak salahkan mak saya 100% sebab saya tahu saya pon mungkin ada salah pada dia. Tapi dari saya kecik, saya rasa disisihkan oleh mak saya. Adik beradik saya yang lain mak saya layan lain. Dengan saya lain.#

Kekadang bila saya balik rumah mak ayah saya sebab rindukan dorang, dorang layan saya macam saya bukan perempuan mengandung. Saya bukan harap layanan special. Ada sekali tu saya nak tumpang bilik mak saya kejap sebab nak baring atas katil and bilik mak saya ada aircond. Adik lelaki saya datang dan nak tidur situ jugak. Saya suruh adik saya beralah sebab saya mengandung ,saya sakit pinggang. Mak saya masuk campur dan dia lebihkan adik saya dan marah2 saya. Dia cakap kalau pasal bilik pon nak gaduh, baik saya tak payah balik! Dan macam biasalah saya yang beralah dan bagi adik saya baring atas katil tu. Saya yang mengandung ni? duduk dalam bilik yang panas.#

Saya tak suka bermasam muka lama-lama. Saya akan telefon mak ayah saya dan minta maaf walaupun saya tahu perit dan macam biasa mak ayah saya akan ungkit dan cakap semua tu salah saya. Sikit perkataan maaf dari mak saya ,saya tak dapat. Lepas dia maki saya bukan-bukan. Hmmm#

Oleh sebab perkara ni, saya selalu balik rumah mertua dan saya sangat bersyukur sebab keluarga mertua layan saya macam keluarga sendiri malah lebih baik dari layanan keluarga sendiri. Dieorang selalu tolong saya kalau saya ada masalah. Tak pernah berkira. Mak dan ayah mertua saya pon baik sangat. Tak macam mak ayah saya. Sekarang ni saya risau saya nak berpantang dekat mana. Kalau saya pantang dekat rumah mak ayah saya, nanti kalau salah faham sikit, mak saya maki saya, saya taknak stress dan taknak anak saya dengar apa mak saya maki. Dan saya taknak nanti kemudian hari mak saya mengungkit apa yang dia pernah buat dekat saya. Sebab dia seorang yang suka mengungkit. Hmmmm….#

kalau saya duduk rumah mertua saya, saya takut menyusahkan dieorang dan taknak dieorang fikir benda yang tak baik pasal keluarga saya. Hmmm….Ni anak first saya. Patut ke saya pantang seorang diri? Susah senang biar saya dan suami je tahu. Bila fikir pasal ni mesti air mata saya mengalir. Sebagai anak Aku doakan Ibu semoga berubah dan melayan anakmu seperti anak emasmu. Anak yang kesedihan



Sumber : mohonsharebersama.blohspot.com

NGERII!! BUDAK MERAUNG MENGADU SAKIT GUSI.. DOKTOR TEMUI INI DALAM MULUT BUDAK INI.. MEMANG MENGERIKAN!! SIAPA SANGKA BENDA MACAM NI BOLEH ADA DALAM MULUT.. MESTI DIA MENYESAL BUAT BENDA TUUU..




SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/

Sadis! Enam Beradik Dibiarkan Kelaparan Oleh Ibu Bapa


Sadis! Enam Beradik Dibiarkan Kelaparan Oleh Ibu Bapa. Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka




Sadis! Enam Beradik Dibiarkan Kelaparan Oleh Ibu Bapa | KUALA SELANGOR – Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
“Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana ’emak dah mati’.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
“Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini,” katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka ‘perang besar’
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan,” katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka ‘berperang’ besar.
“Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan,” katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka ‘hilang’, tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
“Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?” katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
“Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai ‘amanah’ ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati,” katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.